Nama Bukit : Bukit Seladang
Ketinggian : 370M
Tarikh : 13/01/2019
Selepas bersarapan pagi, kami memulakan pendakian ke Bukit Seladang. Kami tiba agak lewat sekitar jam 8pagi. Matahari mula meninggi. Kami mempercepatkan langkah.
Dari starting point, sayup-sayup nampak trek bersimen yang mencanak. Memang mencanak habis. Nasib baik lutut masih okay . Bagi acik, boleh saja kalau newbie nak cuba naik Bukit ni. Cuma kena pastikan sebelum mendaki ada buat slow jog untuk elak kekejangan otot.
Teringat trek Bukit Dinding Setiawangsa, bersimen macam ni lah!
Sampai sahaja puncak pertama, kami di sajikan pemandangan indah, open view . Tertanya juga di mana signboard. Rupanya kena mendaki lagi ke atas dalam 10-15minit.
Beli jiwa yang tersayang, luluskan permit, pakej jaga anak :p
Jika ada rezeki, biasanya ada fenomena awan karpet cantik di Bkt Seladang. Cubalah pergi mana tahu ketemu awan karpet, boleh bawa balik ikat tepi !
