Nama Tempat : Bukit Sawa

Tarikh : 20/01/2019

Kami memulakan pendakian agak lewat. Sampai di puncak matahari sudah mula menerangi alam. Pendakian di Bkt Sawa agak santai. Ada kalangan kami yang pernah sampai ke sini. Jadi beliau tunjukkan arah untuk mendaki. Bukit ini sangat sesuai untuk newbie. Kebanyakan rakan berkongsi gambar awan berkepuk-kepuk .

Melalui kawasan kebun getah. Buat part time jap kat sini hihi

Bergerak dalam kumpulan

Kami di sajikan open view yang menghijau. Banyak port untuk bergambar. Alhamdulilah, misi selesai dan semua gembira berjaya sampai ke puncak

Port yang cantik untuk bergambar

Melalui kawasan hutan pokok merah yang sangat cantik dan unik

Bergambar ketika di puncak

Penulis tak dapat berkongsi starting point dengan jelas. Kami ikut arah sigboard yang tertulis ‘Bukit Sawa’. Melalui kawasan jalan kampung dan akhirnya bertemu tempat permulaan. Sebaiknya gunakan guide yang ada di sana agar tidak tersesat jalan

#hiking #ilovehiking #bukitsawa #sebuahpendakian #hikingnegerisembilan