Nama Bukit : Bukit Sapu Tangan
Ketinggian : 204M
Tarikh: 05/05/2018
Kami masuk ke Bukit Sapu Tangan melalui Taman Botani Shah Alam. Pada awalnya kami menjangka trek ini agak santai memandangkan kebanyakan gambar laluan bertar dan ketinggian pun rendah. Rupanya sangkaan kami meleset.
Dari pintu utama ke simpang Bukit Sapu Tangan saja sudah mengambil lebih 15minit. Sampai sahaja di persimpangan kami memulakan pendakian yang agak lurus. Tidak lama kemudian makin mencanak tanpa diskaun.
Anak perempuan dah mula kehabisan tenaga. Maka mama pun memberi pelbagai janji sebagai motivasi. Kita tengok kuda, kita naik bas keliling taman, kita mandi kolam bla bla bla
dan akhirnya dia berjaya juga sampai ke puncak …fuhhhh
Waktu naik abah galas si kecil. Mama ambil alih waktu nak turun. Training untuk misi gunung G7. Waktu turun luar biasa pula tenaga budak-budak ini. Jauh mama kena tinggal.
Alhamdulilah, misi selesai. Mama dan abah kotakan janji pusing taman naik bas, mandi manda dan tengok kuda . Layankan, reward katanya.
Budak pewai teruk dah senyum sampai telinga. Mama dengan pakej rentung, tudung pun dah ala bibik dah haha penangan hiking dengan anak-anak. Apapun sangat seronok, moga jadi memori manis untuk anak-anak kenang bila dewasa kelak 🙂
