Nama Bukit : Melati Hill

Tarikh : 17/02/2018

Kami sekeluarga mencari trek yang santai untuk bawa anak-anak mendaki. Setelah mengkaji trek dari sumber post rakan-rakan, kami sepakat ke Melati Hill. Bila sampai di sana, seorang mak cik menahan kami. Ingatkan kami ada buat salah Rupanya beliau tunjuk arah trek yang santai untk kami daki. Mungkin sebab nampak kami bawa budak-budak.

Seperti yang dicadangkan, kami mengikut arah ke trek Eagle Hill. Usikan kecil dari pendaki agar anak-anak pulang menonton tv . Kami membalas dengan senyuman sahaja. Cara mendidik anak itu tidak semua sama. Kami memilih cara kami untuk membesarkan anak-anak. Apapun nasihat yang baik-baik kami terima saja dengan hati terbuka.

Trek ni ada kala naik dan turun, tapi masih tahap santai. Kami berhenti seketika di kawasan puncak untuk berehat. Kebetulan datang dua keluarga. Mereka juga membawa anak mendaki. Riuh suasana bila kami berkongsi cerita mengenai hiking bersama anak-anak.

Bukan semua orang mampu melayan kerenah anak bila mendaki. Di situ kita pupuk kesabaran mendidik anak. Alhamdulilah, pendakian berakhir dengan baik.

Dari atas bukit ni, kita boleh nampak pemandangan yang menghijau. Layannnnnnn

Seperti biasa, bila sampai bawah, mama akan rentung, serentung-rentungnya haha. Selesai mendaki, kami lepak makan di kedai mamak. Perut pun dah berdendang sayang. Ciptalah memori bersama anak-anak. Buat carian tempat yang hendak dituju. Layan bukit santai-santai pun okay. Dapat kurangkan risiko.