Nama Bukit :

Bukit Larut

Ketinggian : 1036m

Tarikh : 25/03/2018

Sudah lama penulis nak tunaikan hajat mendaki bukit di kampung halaman sendiri. Kata asal dari Taiping kan ๐Ÿ˜…. Kali pertama mendaki Bukit Larut ketika di tingkatan 3, buat assignment mengenai hutan. Kali ni nekad ajak partner mendaki sekali. Kami naik jam 8pagi dan sampai ke puncak jam 11pagi.

Ada dua laluan. Hutan dan laluan bertar. Kami memilih laluan bertar dan sesekali masuk ke laluan hutan. Oleh kerana penulis tidak biasa dengan laluan bertar yang mencanak, balik tu mula terasa sakit di bahagian kuku. Dengan ketinggian 1036M, jangan pandang rendah nama โ€˜bukitโ€™ tu ye. Bukit bukan sebarang bukit…fuhhh

Niat hati nak lajak ke Gunung Hijau. Tetapi dinasihatkan seorang pendaki agar datang kemudian. Katanya laluan tu banyak nyamuk hijau dan jarang di masuki pendaki. Jadi kami membatalkan niat kami yang tulus ikhlas tu haha

Maaf tidak banyak gambar dapat di kongsi memandangkan hp kami kehabisan bateri. Tumpang cas bateri di kedai makan sambil lepak minum. Menghirup udara segar di atas puncak. Malangnya bateri tak masuk hahaha.

Insyallah nak repeat ke Gunung Hijau.

 

Bergambar di puncak
Bergambar hilangkan pewai
Inilah antara gambar yang sempat dirakam sebelum bateri abis huhu
ย 
ย  ย  ย 
Layan view sebelum sampai puncak. Bukit Larut, satu pendakian yang tidak akan dilupakan ๐Ÿ™‚ย  Jika anda mengaku orang Tapeng, wajib naik taw ๐Ÿ™Š

#hiking #ilovehiking #hikingperak #bukitlarut #sebuahpendakian

ย