Nama Bukit :Bukit Kutu

Ketinggian : 1053M

Tarikh : 04/03/16

Kami dari Melatah Hikers memulakan pendakian sekitar jam 4 pagi. Berhenti solat subuh dan meneruskan pendakian ke puncak. Perjalanan naik mengambil masa lebih kurang 5 jam. Kami bergambar dan berehat seketika di puncak. Ketika itu acik sudah mula rasa tidak sedap perut. Tak selera nak makan.

Menikmati pemandangan di atas puncak

Melatah Hikers

Bergambar di kawasan bangunan lama

Sahabat buka dapur haram haha

Bergambar di signboard Bukit Kutu

Waktu kami turun, ramai pendaki lain sudah mula turun. Trek agak becak dan kesan lopak membesar. Laluan menjadi licin. Ramai pendaki tergelincir kerana gagal mengimbangkan badan. Di sinilah pertama kali di serang sakit perut. Patutlah dari malam tu hati gelisah je nak mendaki. Hp yang di masukkan dalam poket terluncur keluar dan masuk pula ke kawasan curam. Jenuh mencari hampir sejam baru jumpa.

Nasib baik ada seorang sahabat menemani dan bantu acik mencari hp tersebut. Alhamdulilah berjumpa di celahan belukar. Kawan-kawan lain sudah gelisah menunggu khabar dari kami. Mereka telah lama menunggu di kawasan berbatu. Line pula tak ada, jadi tak dapat nak maklumkan keadaan kami. Dalam pendakian kita akan berhadapan pelbagai risiko, kemungkinan dan juga pelajaran baru. Anggap semua sebagai satu pengalaman berharga.

Jika sahabat hendak mendaki ke Bukit Kutu, pastikan telah menaiki bukit yang rendah dahulu. Upgrade ketinggian dari masa ke semasa. Bukit kutu bukanlah bukit biasa. Laluan ada kala mencanak naik. Kami berjaya turun dengan selamat. Alhamdulilah. Misi selesai.