Nama Bukit :

Bukit Kledang

Ketinggian : 800m

Tarikh : 23/06/2018

Kami dari #HikersFamily berpakat untuk mendaki Bukit Kledang. Acik dan dua adik perempuan serta seorang sepupu lelaki bergerak dari Taiping ke Ipoh untuk misi ini. Terdapat satu menara pemancar stesyen RTM di puncak Bukit Kledang. Pengunjung yang ingin mendaki boleh memilih salah satu dari 4 laluan mendaki ke puncak.

Kami memilih laluan bertangga. Biasanya ramai pendaki naik pada hujung minggu. Kami menegur seorang auntie berbangsa cina. Beliau menunjukkan arah untuk mendaki. Trek amat jelas. Sebaik sampai puncak, kami berhenti rehat dan makan. Kami mengambil masa lebih kurang sejam lebih untuk sampai ke puncak.

Seterusnya kami menikmati pemandangan di atas puncak. Selepas seisi bergambar, kami terus turun memandangkan hujan rintik mula turun.

 

Sewaktu turun terserempak pula dengan seorang uncle berbangsa cina. Beliau berpatah balik untuk menunjukkan arah keluar, bimbang kami tersesat . Tq uncle !

Trek Kledang sangat bagus untuk training …selesai saja mendaki kami bergegas ke Lumut untuk menawan Bukit Ungku Busu.

#hiking #ilovehiking #hikingperak #bukitkledang #sebuahpendakian #hikersfamily