Nama Bukit : Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Ketinggian : 258m,
Tarikh : 03/03/2019

Kami memulakan pendakian agak lewat, sekitar jam 4petang. Cuaca elok. Starting point jelas. Kami ambil arah ke kiri lorong yang biasa digunakan pendaki (rujuk gambar). Laluan kanan biasa digunakan bikers.
Gambar starting point. Kami parking kereta di kawasan Taman Persekutuan Bukit Kiara. Laluan seperti denai. Agak santai. Sesekali saja ada bahagian menaik. Banyak cabang. Kami ikut marking kertas putih yang di tabur di sepanjang laluan.

Mencanak. Macam biasa, walau mama yang selalu masuk hutan, tetaplah kena tinggal di belakang setiap kali hiking. Padu sungguh depa ni 😅
Waktu ni cuaca okay lagi. Sempat lah bergambar kenangan.

Belanja korang gambar serangga dan cendawan di hutan ni

Kami meneruskan pendakian hinggalah satu laluan, kami nampak kawasan berpagar. Pandang atas, laluan berbatu agak mencanak. Oleh kerana kami bawa anak-anak, kami sepakat untuk berpatah balik.

Sebaiknya mulakan pendakian di awal pagi. Waktu petang dengan cuaca yang tidak menentu agak berisiko. Tambah pula jika tersesat di laluan yang kita anggap mudah. Syukur kami terserempak dengan satu keluarga cina. Kami turun bersama dan pintas ke laluan tarmac.

Alhamdulilah kami puas hati kerana berjaya naik dan turun dengan selamat walaupun tidak berjaya sampai ke puncak. Keselamatan tetap keutamaan bila bawa anak-anak mendaki.

Dalam pendakian, kita memerlukan alatan pendakian yang baik untuk melancarkan pergerakan kita sepanjang mendaki. Salah satu ialah penggunaan hiking stick & Tactical Windbreaker.

PTT Outdoor’s big mission is to encourage more individuals to explore the outdoors , because they believe that a life lived outdoors is a life lived.

PTT Outdoor adalah syarikat yang menjual barangan outdoor termasuklah hiking, camping, running, cycling dan mereka berhasrat untuk menambah lebih banyak lagi pada masa depan. Mereka menjual barangan outdoor harga mampu milik, kualiti premium dan sasarkan untuk menyelesaikan masalah harga lambung bagi barangan outdoors di luar sana. Dengan membeli bersama PTT Outdoor, diharapkan pengguna akan dapat barangan dengan harga terbaik di pasaran.

Harga produk di PTT Outdoor bermula dari serendah RM2.90 dan mempunyai lebih 700 item di website. Menerima lebih 3000 positive review dari fb dan website kerana pengguna sangat sukakan servis dari mereka.

Boleh refer website di bawah. Klik je gambar di bawah untuk dapat diskaun pembelian 5-10% 🙂

Ainen hiking stick, setia membantu di sepanjang pendakian. Beli pada harga istimewa! Klik pada gambar untuk dapatkan item ni 🙂

Mendaki dengan ESDY Outdoor Tactical Windbreaker & auto bertambah kacak! haha. Klik pada gambar. Time to shopping. Jom kita! 🙂