Nama Bukit :

Engku Busu

Ketinggian : 331.4m

Tarikh : 23/06/2018

Kami dari #hikersfamily bercadang untuk ‘tapaw’ dua bukit di area Lumut. Plan berubah saat akhir. Kami ke Bukit Kledang dan kemudian memulakan pendakian ke Bukit Engku Busu.

Setibanya di sana, kami makan tengahari dan meninjau kawasan starting point. Hujan renyai. Kami beli baju hujan di kedai 7eleven berdekatan. Ketika naik tiada orang di kaki bukit. Kami menunggu hingga hujan berhenti. Alhamdulilah tidak lama tu cuaca elok dan kami meneruskan pendakian.

Trek Ungku Busu sentiasa mencanak. Dari CP 1-8. Kami asyik bertanya sesama sendiri sekarang dah CP berapa? . Nampak benar tak sabar nak sampai ke puncak.

Trek di sini berakar. Ada bahagian kena memanjat batu.

Sebelum sampai ke puncak ada bahagian sebelah kanan dengan view laut. Nampak jelas bandar Lumut. Subhanallah. Bertambah rasa syukur bila di beri kesempatan melihat pemandangan dari atas

Setiba di puncak kami bergambar kenangan. Tidak lama tu ada seorang pendaki baru sampai. Waktu turun ramai pendaki baru naik. Kebanyakan memang orang sana.

Trek ni sangat sesuai untuk training. Insyallah ada kelapangan nanti kami nak ke Bukit 300 pula

#hiking #ilovehiking #hikingperak #sebuahpendakian