Nama Bukit : Bukit Dua Ringgit
Ketinggian : 250m
Tarikh : 2017/18/19
Bukit Dua Ringgit merupakan bukit pertama penulis naiki bersama rakan. Bukit ni ada dua laluan. Laluan pertama kawasan berbatu. Kemudian melalui sedikit kawasan hutan dan akhirnya sampai ke puncak. Jika ada rezeki boleh ketemu awan karpet.
Laluan kedua harus memasuki kawasan hutan. Trek ni penulis pernah masuk sekali. Tidak digalakkan kerana ada kes pendaki sesat. Kami terserempak dengan anjing liar. Nasib baik tidak ada perkara buruk berlaku. Penulis cadangkan naik trek berbatu lebih selamat dan laluan pun jelas. Biasa ramai je yang naik hujung minggu. Beginner digalakkan naik trek ni.
Rezeki awan karpet. Bukit pertama acik daki, Dec 2017
Hiking bersama anak-anak. Ketika ni belum belikan kelengkapan hiking utk mereka
View dari kawasan batuan. Bahagian lapang dan agak panas.
Laluan hutan, tidak digalakkan melalui kawasan ini. Ada beberapa simpang, anda mungkin boleh tersesat. Tambahan pula ni kawasan private property.
Di atas puncak anda boleh bergambar di beirut. Cubalah mendaki ke sini, mana tahu rezeki kalian bertemu awan karpet.
