Nama Bukit : Bukit Dinding
Ketinggian : 291M
Tarikh : 12/05/2018
Bukit Dinding ada dua laluan. Pertama laluan hutan dan kedua laluan bersimen. Penulis memililh laluan bersimen memandangkan pergi berdua sahaja dengan anak bujang.
Trek ni pendek sahaja. Pace santai tanpa berhenti dalam setengah jam boleh sampai ke puncak. Kelebihan trek ini, ianya mencanak dan sangat sesuai untuk training.
Anak acik bergambar di pencawang (puncak). Ketika ini cuaca mendung. Kami bergegas turun sebelum hujan turun. Bila mendaki di Bukit Seladang (lebih dahsyat tahap mencanak), penulis teringat pengalaman trek dinding. Itulah antara sebab, penulis jarang repeat tempat yang sama kecuali atas sebab tertentu. Selepas mendaki jangan lupa makan laksa dan minum coconut shake di kaki Bukit Dinding. Memang sedap!
