Nama Tempat : Bukit Cincin,

Genting Highland

Tahun : 2018

Trek ke sini agak santai tetapi menjanjikan view yang sangat indah. Kami singgah dahulu di Batu Buai Berayun dan kemudian meneruskan pendakian. Starting point berdekatan Amber Court. Ambil maklum kawasan ini adalah Private Property. Jika anda naik dan sesuatu terjadi, ia atas tanggungjawab sendiri. Penulis tidak menggalakkan anda ke sini memandangkan kawasan ini agak berisiko dan boleh di dakwa kerana menceroboh huhu

Batu Buai Berayun

Starting Point ke Bkt Cincin. Agak mencanak di permulaan

Bergambar kenangan selepas mendaki. Trek berselut 

Kasut habis berlumpur haha

Pendakian pada mulanya santai, kemudian ada bahagian yang harus memanjat sedikit seperti gambar di atas. (hati-hati ada anjing liar di kawasan ini)

Pada pandangan penulis, Bukit Cincin antara kawasan mossy yang sangat unik dan cantik. Batu-batuan yang seakan terbelah, mossy yang cantik dan pokok besar yang berbagai bentuk.

Harus berhati-hati memijak mossy kerana disinilah kami di serang penyengat :p Mujur tidak ada yang mengalami kecederaan serius.