Nama Bukit : Bukit Chorocho
Ketinggian : 1106m
Tarikh : 01/05/2018
Bukit Chorocho, jarang-jarang kita dengar pendaki naik ke sini. Trek kurang jalur pendaki. Tidak ada view di puncak, hanya beirut sahaja. Mengambil lebih kurang 2 jam untuk sampai ke puncak, pace santai.
Starting point. Panaskan badan dan kemudiannya bacaan doa sebelum mendaki.
Laluan mencanak dan banyak pokok buluh reput. Pacat pun tidak terkira banyaknya. Sepanjang hiking, di sinilah penulis membawa pulang lebih 9 bekas gigitan pacat
Bukit ini agak mencabar. Sangat bagus untuk training. Tidak digalakkan naik tanpa guide bimbang tersesat memandangkan tidak ada marking di sini.
Ketika pergi ke sini, penulis tidak kenal sesiapa dalam trip. Bila hiking kita ketemu ramai kawan baru . Alhamdulilah.
Gogo trip Melayu Adventures Group (MAG)
Mereka banyak buat trip gunung yang kurang jalur pendaki. Trip mereka biasa sekali transport. Jadi mudahkan, tak pening pikir pasal carpool. Jika ingin merasakan trek yang kurang jalur pendaki, di sinilah tempatnya. Tapi jika geli pacat, mungkin boleh cuba bukit lain. Kesan gigitan pacat, berbulan masih duk menggaru hahaha
