Nama Bukit : Bukit Cherakah/Botak

Ketinggian : 214m

Tarikh : 28/02/2018

Bukit Cherakah terletak di Puncak Alam, Selangor. Permulaan trek tanah merah. Melalui kebun kelapa sawit, kawasan lapang dan kawasan hutan redup. Sesuai untuk pendakian bersama anak kecil. Sebaiknya mendaki pada awal pagi kerana kawasan terbuka di pertengahan trek agak panas. Banyak port menarik untuk bergambar. Penulis kongsikan gambar-gambar sepanjang pendakian.

Ada beberapa port cantik untuk bergambar. Terdapat kawasan tanah merah. Acik tak naik kawasan ni bimbang struktur tanah tak stabil dan mungkin berlaku tanah runtuh.

Layan pemandangan matahari terbit

Kawasan laluan ni agak panas. Sebaiknya mendaki awal pagi.

Kawasan hutan yang agak redup.

Bergambar bersama rakan pendaki

Ada signboard untuk bergambar. Newbie digalakkan hiking ke sini. Trek jelas 😀