Nama Bukit :

Bukit Changkat Asa

Ketinggian : 234m

Tarikh : 09/01/2018 & 16/06/2019

Kami dari #hikersfamily merancang untuk naik ke sini memandangkan sepupu kami belajar di sini. Beliau guide kami naik dari starting point, belakang KTM dan melalui jalan dalam kampung Lambak. Biasanya pada hujung minggu, ramai pendaki naik ke sini. Trek agak santai dan melalui kebun getah dan seterusnya kawasan lapang.

Kemudian akan tembus semula kawasan hutan yang redup. Trek ini sangat sesuai untuk beginner  Apabila menghampiri puncak, akan kelihatan pokok merah di kiri dan kanan trek.

Dari puncak boleh lihat pemandangan bandar Tanjung Malim . Penulis mendaki 2 kali ke sini. Kali kedua dengan sahabat Bukit Dua Ringgit Hikers.

Bergambar kenangan sebaik sampai ke puncak

Antara khazanah yang sempat penulis rakamkan.

Oh ya, jangan lupa bergambar di jambatan menghala ke kaki bukit. Pemandangan menghijau, terasa seperti berada di luar negara 🙂

.

Selamat mendaki! 🙂

#hiking #ilovehiking #hikingperak #bukitchangkatasa #sebuahpendakian