Nama Bukit : Bukit Broga
Ketinggian : 400m
Tarikh : 31/12/2017
Bukit Broga merupakan bukit kedua acik daki. Ketika itu baru berjinak dengan dunia hiking. Trip ni kami plan dalam group fb. Penulis tidak kenal semua peserta. Tapi sempat la stalk fb masing-masing . Bukan apa, kita nak join orang tak kenal. Carpool sekali pula tu. Jadi eloklah kita maklumkan pasangan, teman atau keluarga sebelum sertai mana-mana aktiviti luar. Jadi jika ada hal kecemasan, boleh berhubung.
Bukit Broga ni sangat terkenal. Biasa hujung minggu memang ramai pendaki. Dah macam shopping mall . Bagi acik, trek ni sederhana santai. Sesuai untuk beginner. Kami dimaklumkan ada dua laluan nak ke puncak. Kami memilih laluan yang biasa dinaiki pendaki lain. Kawasan di bukit broga agak lapang. Kawasan terbuka yang agak panas. Sebaiknya bawa air lebih. Walaupun trek ni hanya 400meter tetapi perjalanan terasa panjang. Sama ada banyak berhenti bergambar, beratur menurun dan mendaki kawasan berbatu (ramai orang oiii haha) atau kena tunggu turn nak bergambar di signboard hihi
Pemandangan di sini juga cantik. MemangĀ berbaloi datang terutama utk layan sunrise!


Bergambar kenangan dengan sahabat baru Sis Lisa, Farah, Tokki, En Pian dan Kak Jiha. Kerana hobi hiking ni bertambah sahabat baru, alhamdulilah.
