Nama Bukit : Bukit Berekeh
Ketinggian: 454m
Tarikh : 15/07/2018
Kami dari team #hikersfamily bergerak seawal 2 pagi dari Taiping. Penulis dan 3 adik perempuan serta seorang sepupu lelaki. Jam 4 pagi kami mulakan pendakian dengan bantuan guide, saudara Aslam dan rakannya cik Nabila. Memandangkan kami semua bukan pendaki tegar, maka ayunan langkah tu agak perlahan. Tambahan pertama kali hiking dalam keadaan gelap. Tawakkal sangat tinggi. Alhamdulilah kami sampai peak sebaik masuk waktu Subuh.
Tunaikan tanggungjawab pada ilahi dan menikmati pemandangan matahari naik yang sungguh indah. Terasa kerdil diri melihat ciptaan yang maha Esa. Selesai makan, kami berborak kosong. Seisi bergambar bermula. Nasib baik guide kami memang sporting abis bab bergambar. Seakan tahu hobi kami adik beradik.
Bergambar di beirut, puncak Bukit Berekeh
Kami, Hikers Family 🙂
Terima kasih saudara Aslam yang sudi melayan karenah kami :p
Menghayati pemandangan yang menghijau
Bergambar bersama Nabilah, kenalan baru
Saudara Shah paling sakan bergambar haha
Antara sudut menarik untuk bergambar
Pendakian pada mulanya agak mencanak, memasuki kawasan liputan hutan tertutup dan kemudiannya kawasan lapang. Turun dan naik hingga 6 puncak. Waktu turun tu cuaca agak panas. Kami cuba lajukan langkah tetapi keadaan trek dengan batu kecil yang bergerak menyukarkan perjalanan. Alhamdulilah kami berjaya turun dengan wajah ceria walaupun muka dah merah padam dan rentung belaka
Mendaki turun, ketika ini cuaca mula panas
Memori Berekeh antara paling manis. Pemandangan indah yang tidak mungkin dilupakan. Jika berkelapangan penulis cadangkan kalian ke sana. Mungkin ketika itu rezeki awan karpet. Boleh lajak terus ke Lata Penyel. Kami tidak ke sana kerana kesuntukan masa. Insyallah ada rezeki nak repeat tempat ni.

yusuf pencinta iPhone
wah…menariknya baca pengalaman hiking you…teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni…
lindamasehat
antara pengalaman best kat sini…walaupun x ketemu awan karpet..sunrise kat sini cantik