Nama Bukit : Bukit Batu Chondong
Ketinggian : 260m
Tarikh : 21/01/2018
Bukit Batu Chondong wajib anda pergi sekiranya tinggal sekitar Kuala Lumpur. View dr puncak sangat cantik! Trek sederhana santai dalam 30 minit dah sampai ke puncak. Bagaimanapun ada satu bahagian batu harus di panjat untuk naik ke puncak utama. Ianya agak berisiko jika anda tidak fit atau kurang kekuatan tangan untuk berpaut. Acik nasihatkan jika tidak yakin, jangan ambil risiko memanjat di situ (rujuk gambar).

Acik repeat tempat ini bersama anak bujang. Awal lagi ayahnya sudah pesan, jangan naik sampai ke puncak. Jadi kami menikmati view dari puncak bawah. View dari situ pun sudah cukup cantik dengan pemandangan yang menghijau.

Bahagian ni agak berbatu dan perlu memanjat. Hati-hati ketika mendaki terutama jika mendaki bersama anak kecil.
Gambar di puncak Bkt Chondong


Gambar di bahagian bawah sebelum sampai ke puncak. Di sini pun view dah cukup cantik.


Lensa kamera acik sempat merakamkan 2 keunikan di sini.

Sewaktu turun, terserempak dengan mereka yang buat aktiviti bermotor. Bagi acik trek di sini bagus juga untuk training santai. Selamat mendaki! 🙂
