Nama Bukit : Bukit Baginda
Ketinggian : 450M
Tarikh : 20/01/2019
Asalnya penulis nampak post rakan hiking pergi bukit ni. Dalam hati berbisik, cantik sungguh batuan ni! Unik ! Jadi penulis dan rakan terdekat merancang untuk pergi dengan cara redah sendiri. Tak sangka pula saat akhir ramai yang follow trip ni.
Di bahagian depan kaki bukit, terdapat kaunter bayaran masuk. Seorang pendaki dikenakan RM8. Bayaran permit dan kos pengurusan. Penduduk di sini ramah belaka. Di jemputnya kami makan durian dan manggis . Alhamdulilah rezeki musafir di tempat orang.
Buat bayaran di kaunter yang disediakan
Rezeki makan buah-buahan
Bukit Baginda berketinggian 450m. Trek agak mencanak. Laluan bertanah dan banyak juga bahagian kena memanjat dengan menggunakan tali. Bukit bukan sebarang bukit. Bagus juga untuk training sebelum pendakian yang lebih mencabar. Marking pun jelas, insyallah tidak tersesat.
Laluan dr CP1-CP10
Berehat seketika, ambil nafas haha
Unik kan batuan ni? 🙂
Banyak tempat menarik boleh di abadikan dalam gambar, tapi oleh kerana pewai melanda, maka mana yang sempat saja la acik ambil gambar. Sebelum ke sini kami ke Bukit Sawa. Tapaw terus 2 bukit 😊 Dah alang-alang sampai ke sini.
