Gold In Transit

Gold In Transit (GIT) membolehkan emas dipos kepada pelanggan.

Public Gold syarikat jual beli emas dan perak tempatan telah mengambil langkah kehadapan dengan memperkenalkan Gold In Transit (GIT). Emas yang dibeli sudah boleh dipos kepada pelanggan oleh pihak Public Gold dengan mengunakan perkhidmatan GIT.

Emas perlu ambil sendiri dicawangan Public Gold sebelum GIT diperkenalkan.

Jika sebelum ini pelanggan perlu mengambil sendiri emas yang dibeli secara online dengan tiga kaedah iaitu Out Right Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) atau dengan simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP).

Pelanggan perlu buat temujanji dengan pihak cawangan untuk uruskan hari pengambilan emas fizikal di lapan belas cawangan Public Gold yang terdapat disetiap negeri dan selain itu emas juga boleh ambil di enam puluh lima cawangan POS ArRahnu (milik POS Malaysia).

Perkhidmatan GIT ini dilindungi insuran jadi tidak perlu rasa kegusaran jika sesuatu terjadi semasa proses penghantaran emas kepada pelanggan.

Syarat-syarat pengunaan perkhidmatan GIT:-

  • pembelian emas RM5,000 ke bawah.
  • caj penghantaran berdasarkan berat gram emas yang dipos.
  • pengeposan emas bermula 1 gram.

 Cara-cara mengunakan perkhidmatan GIT dengan telefon cawangan Public Gold untuk maklum. Pihak cawangan Public Gold akan bantu proses dan maklum caj yang dikenakan mengunakan perkhidmatan GIT ini.

Dokumen panduan mengunakan >> Gold In Transit <<

Sekarang ini terpulang kepada pelanggan untuk memilih samada untuk mengambil emas sendiri dicawangan Public Gold yang terdekat atau di ArRahnu POS atau mengunakan perkhidmatan GIT ini.