Detik Awal Terjebak Emas

Dari kecil, mama memang suka pakaikan emas perhiasan pada anak-anak. Manis bila dipakai. Anak sulung mama ni agak kasar. Lasaknya hingga hilang beberapa barang kemas

Cincin hilang, subang hilang sebelah, gelang kemek.
Jadi ambil dari pengalaman lalu, saya tidak gemar pakaikan barang kemas pada anak. Terutama soal keselamatan. Saya beli, tapi simpan dulu. Cukup umur, dah pandai jaga diri, insyallah boleh pakai

Beberapa ketika saya memohon pada ilahi, adakah apa yang saya buat ni baik untuk saya. Saya tidak jumpa petunjuk jelas.

Hinggalah saya kemas almari lama. Saya jumpa kembali sebentuk loket kecil di bawah laci. Itulah detik awal saya kembali terlibat dalam dunia emas.