[Last update : 26.10.2020] GOLD ACCUMULATION PROGRAM ataupun GAP adalah satu sistem akaun Emas fizikal 999.9 yang diwujudkan oleh PUBLIC GOLD. Untuk lebih mudah paham, anda bayangkan yang GAP ini adalah satu bentuk sistem “BANK” yang menyimpan kekayaan anda dalam bentuk gram-gram “EMAS FIZIKAL” dan bukan “WANG KERTAS” ataupun “EMAS MAYA”.

Emas bukan semata-mata hanya sebagai medium pelaburan (buy low, sell high). Anda haruslah memikirkan emas sebagai aset simpanan terlebih dahulu dan selepas itu baru kita fikirkan bahawa EMAS ini adalah satu medium PELABURAN (Mind Setting). Memang kita sedia maklum yang harga EMAS akan menaik dan terus menaik dalam tempoh jangka masa panjang dan ini amat menguntungkan kepada peminat EMAS FIZIKAL.

Apabila anda ada wang yang ingin anda menabung dan cukup untuk ditukarkan kepada 1 gram emas atau serendah RM 100, cepat-cepat anda alihkan wang kertas itu kepada bentuk emas. Nescaya, simpanan anda akan lebih kukuh dan anda sudah berjaya mengelakkan kebocoran tabungan terutamanya KEBOCORAN HALUS.

Menabung dengan wang kertas, ianya dimakan inflasi dan apabila anda menabung EMAS, ianya KALIS INFLASI. Alangkah beruntungnya orang yang menyimpan ASET EMAS.

KLIK GAMBAR  DI BAWAH UNTUK JOIN FREE TELEGRAM CHANNEL, ILMU EMAS

tg://resolve?domain=lindamasehat

Manfaat Dari Akaun Emas GAP :

  • Melabur dengan selamat
  • Tabungan masa depan untuk anak (akaun bersama)
  • Nak simpan emas tapi jauh dari branch
  • Nak simpan emas tapi berada di perantauan
  • Nak simpan emas tapi modal kecil
  • Platform Trading (berniaga)
  • Takut simpan emas sendiri
  • Tabungan masa depan untuk diri sendiri/pendidikan
  • Boleh Berjual beli di PG MALL menggunakan emas

Kenapa mesti GAP?

  • Dengan GAP, anda tidak lagi perlu pening-pening memikirkan dimana hendak “simpan” EMAS FIZIKAL anda yang saban hari semakin banyak dan terus banyak kerana ianya disimpan secara“PERCUMA” oleh pihak PUBLIC GOLD.
  • Dengan GAP, golongan berstatus “PELAJAR” juga boleh menyimpan EMAS. Apabila seseorang pelajar itu mendapat elaun bulanannya, merka dapat alihkan simpanan dalam bentuk EMAS. “SURIRUMAH” juga dapat menabung dari duit nafkah yang diberi oleh suami atau melalui pendapatan sampingan sepanjang di rumah.

Graduation - Student Graduate Icon Png Clipart - Full Size Clipart (#590716) - PinClipart

  • Dengan GAP juga, ibu atau bapa dapat merancang tabungan EMAS FIZIKAL untuk anak-anaknya. Parents boleh membuka akaun Bersama (joint account). Tabungan ini boleh dijadikan tabungan pendidikan ataupun untuk simpanan masa depan anak. Saya saya yakin dan percaya, setiap ibu bapa kita pasti akan berusaha merancang yang terbaik untuk masa depan anak-anaknnya.

Terma & Syarat GAP

  1. Simpan Emas Fizikal 999 oleh PG secara PERCUMA
  2. Permulaan serendah RM100
  3. Pembelian pertama dikira sebagai pendaftaran
  4. 1 gram harus ditinggalkan dalam akaun untuk kekal aktif
  5. Jika anda keluarkan semua tanpa baki 1gram, belian GAP seterusnya akan dikenakan YURAN PENGAKTIFAN RM50
  6. Pengeluaran Minima 1gram
  7. Boleh keluarkan GAP anda di branch berdekatan atau melalui GIT (Gold In Transit)
  8. Setiap gram pengeluaran dikenakan Cas Premium

Cara Membeli Emas Dengan GAP

Bagi sesiapa yang nak beli GAP untuk KALI PERTAMA, ini langkahnya:

#1 – Masukkan Duit Ke Akaun Public Gold

Bank-in / online transfer / ATM transfer duit ke akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd : 5571 3923 8048 (Maybank) mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my.

Kalau harga 1 gram hari ini RM278, maka masukkan duit genap-genap RM278. Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM556 (RM556 x 2 gram). Boleh juga buat belian minimum RM100. Tetapi saya syorkan lebih baik genapkan mengikut gram.

#2 – Wassap Maklumat Belian ke

+6 019-2160853  (Puan Linda)

Wassap maklumat di bawah dan attach slip bayaran ke saya:

  1. Nama Penuh
  2. Kad Pengenalan
  3. Telefon
  4. Email
  5. Jumlah Bayaran
  6. Tarikh dan Masa Bayaran

Selepas beri details, dalam masa 48 jam waktu bekerja tuan/puan akan terima email dari Public Gold, beserta no keahlian PG Code dan login details.

Jika anda tidak pakai whatsapp, emailkan bukti bayaran dan details di atas ke mamapayish80@hotmail.com.

#3 – Semakan Akaun Gap Secara Online

Lepas dapat username, gunakan no. IC 12 digit sebagai Password. Kalau nak reset password, pergi ke website Public Gold > Login > Forgot Password.

Untuk lihat Akaun Gap, Klik Menu > MY GAP

Kemaskini Profile & Info Bank

Penting untuk mengemaskini profile dan info bank dalam akaun GAP Public Gold anda. Ini memudahkan proses jual semula emas GAP. Pihak pengurusan akan review profile dan info bank yang dikemaskini dan biasanya mengambil masa 7 hari bekerja.

Update profile, upload IC dan bank statement ya. (Lepas login scroll down ke bawah, ada 2 button hijau)

  1. Kena upload IC (depan & belakang) dan bank statement
  2. Saiz kurang 2mb
  3. Bank statement, printscreen bank online pun boleh, yang penting nampak nama bank, nama dan no akaun

Cara Top Up Emas Akaun GAP

Ada dua cara tambah belian GAP:

KAEDAH 1 : FPX (Terus link online banking)

Untuk kaedah PERTAMA, pergi ke web www.publicgold.com.my, refer harga GAP dan klik button “Buy Now”.

Kemudian follow saja sampai berjaya.

Ini kaedah FPX, dulu ada caj RM1 setiap transaksi. Tapi bermula 1 Ogos 2020 PG dah ‘subsidised’. Kalau website atau app tak ada apa-apa masalah, boleh top up GAP menggunakan kaedah ini untuk proses lebih cepat.

KAEDAH 2 : MANUAL

Cara KEDUA, buat secara manual melalui web (kalau website dan app tergendala buat seketika, saya buat cara ini) :

(1) Masukkan duit ke mana-mana akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

5571 3923 8048 (Maybank) (GAP)

(2) Login web > My GAP > Puchase. Lepas tu masukkan maklumat belian & upload slip bayaran.

(3) Tunggu PG update GAP Statement dalam masa 2 ke 3 hari bekerja.