Nama Tempat : Bukit Buloh @ Red Forest

Tarikh : 13/01/2019

Pendakian ke Bukit Buloh boleh di kategorikan sederhana mencabar. Banyak bahagian kena panjat menggunakan tali. Jika nak bawa anak-anak sebaiknya yang berusia 8 tahun ke atas. Melainkan anak anda dah biasa hiking di tempat yang mencabar dan ada orang dewasa yang boleh pantau anak-anak. Anda boleh google maps nama tempat ni kerana lokasi yang ditunjukkan terus ke starting point.

Tiada pemandangan di puncak melainkan pokok merah yang sangat memukau. Subhanallah, cantik semua ciptaan yg maha Esa.

Kami namakan misi kali ni, misi redah, sbb main redah naik :p

Oh ya, selepas hiking jangan lupa singgah makan di restoran Nasi Ayam Viral RM2. Murah dan sedap! 🙂