Salam hai semua…
Dah lama mama nak upload gambo kedai mama nie 🙂 tapi belum berkesempatan hehehe..Okey..kita mulakan :-p
Mama selalu terpikiir, aku ni dah tak kije..kalu akan datang nak buat apa2 pembiayaan dengan bank, perlukan bukti pendapatan & sebagainya. Jadi, sebagai langkah awal, mama daftarkan nama perniagaan ini. Tapi bila dah daftar nama ni, bersedialah kena kejar dengan Income Tax huhuhu 
Okey..ni la kedai yang mama sewa kat Taman Sri Batu Caves..kedai kecil sahaja, dengan keluasan lebih kurang 200++ kaki persegi. Kedai ni mama sewa dengan kadar sewa RM700 sebulan tak termasuk api air.
Dulu mama buat small showroom kat rumah je tapi sebab flat mama tu kecik sangat, tak dapat nak tampung stok-stok cd tu huhuhu..lagipun mudah nak uruskan stok & dapat beri keselesaan pada reseller/customer nak datang pada waktu urusan 🙂
Beg apa ni??hehehe ni le bag isi Note Book mama..
abah Payish hadiahkan hehehe…
wajib bawa beg ni, kalu tertinggal kat umah haru biru la jawapnya
Mama buka kedai antara pukul 11.30 pagi – 6.30/7malam
Masuk je Kedai, mula on lap top, on YM…huhuhu..
sambil YM sambil packing…kadang2 ada sampai yang majuk sbb mama tak dapat borak macam dulu…daku mengejar waktu sbb Citylink selalu sampai dalam kul 4ptg…kadang2 ada order mengejut nak URGENT..kalut2 takut salah packing order huhuhu
Seb baik ada adik Mamapayish ni..budak Dina ni le yang tolong mama kat kedai. Baru habis Degree UiTm sementara dapat kerja tetap, wajib tolong kakak dia ni ha..;)
Ni la hasil kije packing kami. Setiap hari ni la rutin, process order & packing :-p
Ni bahagian dalam kedai mama.
Ada la stok2 Cloth Diaper & Baju Baby
Ruang ni kami maksimumkan sebaik mungkin 🙂 
Oleh kerana Payish teruja dengan Upin & Ipin mama letakkan gambo budak comei ni..hehehe pastinya anak pelanggan pun teruja tengok kan,
Betul!Betul!Betul!
Kalian..doakan kejayaanku..akan ku usahakan dengan sungguh2 apa yang ada di depan mata!!Yakin Boleh!AMIN….