SALAM SEMUA…kisah padang besar ni dah lama nak publish tp sbb nak upload pic byk, asyik tertunda…
k…nie le citer nyer…layan yek….
Oleh kerana lewat sampai, maka byk kedai dah di tutup. Tapi sempat la menyelit beli baju utk mama & present utk anak kwn mama (mamairfan mesti sengih2 nie). Pastu singgah makan kat area ctu gak. Ni pic kami sekeluarga makan. Mak Ngah (mak Buyung yg sarat) sengkak perut penangan minum air kelapa malam2.

Kami bertolak menuju ke rumah Tok Ngah Payish kat Mengkuang Layar. Tido semalam kat sana. Paginya ingat nak bertolak awal ke Wang Kelian ttp hujan lebat mmg tak dapat nak keluar. Jam 1.30 ujan dah reda, kami bergerak menuju ke wang Kelian. Kat bwh ni ada la picture kami di sana..layannnnnnnnnnnnnnnnnn
Semasa kat sempadan Perils-Thailand, Pak Ngah payish tanya kat immigration sama da ble masuk ke sebelah Thailand tu. Diorg kata bole masuk. Apa lagi, semua senyum2 la nak masuk blah Thailand (walhal masuk area org berjual je, excited lebih je mama,ha3).
Suasana kat Wang Kelian…ujan..tak ble nak amik pic byk2…
Mak tok payish tak ble tahan, beli periuk 9 beradik. 3 biji utk Opah payish. Tak cukup tu, di beli plak lesung batu, sbb katanya unik, bole tumbuk kacang utk tabor atas rojak, kat tmpt dia tak de (katanya,he3)…kelat je muka Pak Ngah payish kena angkat. Mak ngah payish plak, walau dah dekat due lg 2 minggu, larat lagi berjalan, dah namapun perempuam, mana tahan bila nengok brg2, rambang mata!itu mamapayish tgk walau terboyot2, laju je berjalan bila nengok brg.
(yg kaler itam lupe nak amik)
itu je la brg2 yg sempat mamapayish amik gambarnya…yg lain dah tak dan…
Masa nak balik, last kopek ingat nak masuk kat zone duty free kat Pdg Besar tp sbb dah kul 6, kedai2 dah tutup…so tak dpt la nak masuk ke sana. Pas Maghrib kami bertolak balik ke Taiping. Mmg bes la cuti2 malaysia kali nih. Plan nak pi Langkawi plak tp Pak ngah plak tak ble pi sbb pasni bini dok dlm pantang. Mgkn atur program ngan Mak Tok payish kot gie bercuti kat Pulau Kapas ke (aiseh mcm bes jer).
Sekian….
